*AGUNGNYA ALLAH S.W.T..

| | Comments: (0)

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Segala Pujian Hanya PadaMu Ya Allah,
Segala Rayuan Hanya UntukMu Ya Allah,

Engkau Yang Mentadbir Alam Dengan KudratMu,
Engkau Menciptakan makhluk Dengan IradatMu,

Hanyalah Engkau Tuhan Yang Layak Disembah,
Hanyalah PadaMu segala rayuan dan rintihan layak dialunkan,

Agungnya RahmatMu tiada batasan,
Agungnya HidayahMu tiada gantian,
Agungnya InayahMu tiada bandingan,

Engkau Tuhan Yang Awal tanpa ada permulaan bagi kewujudanMu,
Maka tiada permulaan bagi pengawalanMu,
Engkau Tuhan Yang Akhir tanpa ada penghujung bagi kewujudanMu,
Maka tiada penghujung bagi pengakhiranMu

Engkau Tuhan Yang Esa
Tiada suatupun yang serupa dan sebanding denganMu,
Samada ZatMu, Sifat-SifatMu, dan pentadbiranMU,

Tiada kalam yang mampu menghurai keagunganMu,
Tiada lukisan yang bisa melakar kehebatanMu,
Tiada pena yang dapat menulis keindahanMu,
Tiada tinta yang mungkin menitip kata kemulianMu,

Kerana itu,
Mengapa tidak aku menyembahMu,
Kerana aku ini hamba dan makhlukMu,
Mengapa perlu dicari selainMu,
Kerana Engkau yang menciptakan semua itu,

Pintaku,
Bisa aku istiqamah beriman kepadaMu,
Semoga nilaian Takwa menghiasi kehidupanKu,
Semoga pancaran Jihad tetap menyelubungi perjuanganku,
Semoga mereka yang beiman sentiasa berdampingan disampingku,
Ameen Ya Rabbal’Alameen..

KEMBARA MUEZZIN JALANAN

13.4.2009

http://tintanurani-muezzin.blogspot.com/